Three Holy Lands

Three Holy Lands
Makkah,Madinah dan Baitul Maqdis

Jumaat, 29 Mac 2013

ILLUMINATI DAN FREEMASON



Lokasi:Sebuah motel di Starting Point,Port of Embarkation
Masa:Selepas Subuh

Anda telah berjanji dengan lelaki pendeta tersebut untuk menunggunya di sebuah ruang di motel tempat anda menginap.Anda telah lama menunggunya tetapi lelaki tersebut tidak muncul jua.Setelah beberapa lama,akhirnya lelaki tersebut muncul di muka pintu utama motel tersebut.Lelaki tersebut memberi salam dan dibalas jawapannya oleh anda.

"Mari kita berbicara di tempat lain,di sini ramai orang."kata lelaki itu.

Lelaki tersebut membawa anda ke sebuah bilik makan yang jauh dari orang ramai.Di situ,ada meja dan dua buah bangku kayu.Lalu,anda duduk di atas salah satu bangku dan lelaki tersebut duduk di bangku lain,berhadapan dengan anda.

"Maaf,saya lambat.Ada urusan di perpustakaan masjid tadi.Grand Imam mengajak saya berbicara dengannya."kata lelaki tersebut.

Anda kemudian mengajukan pertanyaan kepada lelaki tersebut,anda masih lagi tertanya-tanya,siapakah mereka yang dimaksudkan akan menyambut kedatangan Dajjal di bumi ini?

"Hahaha,sudah tentulah mereka itu orang Yahudi.Dajjal bagi mereka ialah"The Awaited King"!

Untuk mengajak masyarakat dunia lain supaya bersama-sama mereka,menanti kedatangan Dajjal,mereka menubuhkan pelbagai organisasi dan pertubuhan dengan tujuan menyediakan asas pemerintahan Dajjal di muka bumi ini.

Namun,yang paling terkenal sekali ialah.............


ILLUMINATI

FREEMASON

Siapakah Illuminati dan Freemason ini?


THE ILLUMINATIS



Illuminati berasal dari perkataan Latin,Illuminatus bermaksud Pencerahan Baru.Illuminati ialah sebuah organisasi rahsia Yahudi Kabbalah yang ditugaskan menyediakan sebuah keadaan baru untuk dunia dan sebuah pemerintahan dunia baru.Illuminati ditubuhkan pada 1 Mei 1776 di Ingolstadt,Jerman oleh Adam Weishaupt.

Illuminati ditubuhkan oleh Adam Weishaupt,seorang profesor jurusan undang-undang di Universiti Ingolstadt.Sebelumnya,pertubuhan ini digelar Perfectibillists dan dianggotai oleh golongan atheis pada Zaman Pencerahan di Eropah.

Siapa Adam Weishaupt?

Adam Weishaupt merupakan seorang profesor Yahudi yang murtad dari ajaran Kristian dan mengamalkan sihir Kabbalah.Beliau juga seorang atheis.Beliau mula mempelajari sihir Kabbalah dan mula tertarik dengannya sekitar tahun 1768.Pada tahun 1776,beliau telah menubuhkan sebuah pertubuhan rahsia yang berasaskan sihir Kabbalah,paganism dan mistik sesat.Weishaupt mati pada tahun 1830.

Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu kumpulan mazhab yahudi yang banyak dianggotai bijak pandai Yahudi.Dalam bahasa Arab,Illuminati lebih dikenali sebagai al-Nuraniyyin.Ini dinisbahkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang,iatu Lucifer(Iblis).Pertubuhan ini ditaja oleh keluarga jutawan Yahudi terkenal iatu Rothschilds.

Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya.Mereka dikawal dan dipantau oleh seseorang yang berkuasa dan Allah telah melengahkan ajal orang ini.Orang itu ialah The Hidden Hand atau lebih dikenali sebagai Dajjal Laknatullah.

Sebenarnya,Illuminati telah lama wujud sebelum kelahiran Adam Weishaupt lagi.Illuminati kuno lebih bersifat rahsia dan bergerak di bawah tanah.Mereka adalah pemuja Iblis yang disifatkan sebagai The Morning Star atau Pemegang Cahaya.Iblis turut dikenali dengan nama Lucifer dalam kitab Bible ataupun The Fallen Angel dan Angel of Darkness.

Iblis lebih dikenali sebagai The Morning Star oleh para kabbalis Yahudi kerana merujuk kepada keadaan  Azazil(Iblis) yang dicampak ke bumi oleh Allah ibarat bintang terang yang gugur ke bumi pada waktu pagi.


THE FREEMASONS



Freemason adalah satu organisasi persaudaraan antarabangsa.Freemason pada zaman moden bermula dengan penubuhan Grand Lodge di London pada tahun 1717.Sebahagian pengkaji Barat didirikan di Scotland pada abad ke 14,iatu ketika pasukan Knights Templar dibubarkan oleh Paus Clement V.

Ahli-ahli Freemason lebih dikenali sebagai Masons atau Masuni,manakala pusat kegiatan dan operasi mereka dikenali sebagai Lodge atau Loji.

Dari Scotland,ajaran Freemason dibawa ke Britain dan Perancis seterusnya ke seluruh Eropah.Kemudian,dari Eropah,Freemasonry disebarkan ke seluruh dunia,termasuk Malaysia.

Freemason adalah satu kepercayaan campuran antara ritual mistik ajaran Kabbalah dan gerakan politik.Namun,sejak tumbuhnya pertubuhan Dajjal yang lain,maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan sesama manusia.

Jika ditelusuri sejarah Freemason,ia berasal dari ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari sihir zaman Mesir kuno dan Babilon kuno.Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan atau tingkat(Level).Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan sesama manusia.Setiap kali seorang ahli Masuni 'naik tingkat',dia akan dimasukkan sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah.

Apabila seorang Masuni telah berpangkat tahap ke 33(The 33rd Degree),dia telah lengkap sebagai seorang penyembah Iblis dan akan mengikuti segala ajaran tuannya,The Hidden Hand a.k.a Dajjal.


Loji Freemason di Malaysia


Anda mengangguk faham.Tetapi anda mahu mengetahui sejarah organisasi-organisasi tersebut lebih mendalam lagi.Seolah-olah tahu akan keinginan anda,lelaki itu berkata;

"Datanglah ke perpustakaan besar di bandar ini.Perpustakaan hanya berhadapan dengan masjid sahaja."

Lelaki tersebut kemudiannya meninggalkan ruang tersebut.Kemudian,pemilik motel tersebut datang kepada anda dan menghidangkan juadah sarapan untuk anda.Makcik tersebut bertanya kepada anda;

"Anak ni nak tahu tentang sejarah Illuminati dan Freemason ka?"

Anda mengangguk.Makcik tersebut masuk ke dalam satu bilk dan keluar dengan satu buku tebal.Buku tersebut sangat lusuh.Kulit buku tersebut pudar warnanya.Makcik tersebut berkata

"Buku itu akan ceritakan semuanya."

Anda mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut.Makcik tersebut beredar dan meninggalkan anda.Anda lalu menikmati juadah sarapan yang disediakan oleh makcik tersebut.Sambil itu,anda masih membelek buku yang berhabuk itu.

Bersambung daa...

Sekian....

Hantu Nusantara










Selasa, 26 Mac 2013

KEJAHATAN YAHUDI DALAM AL-QURAN



Lokasi:Port of Embarkation,Kingdom of Unsolvia
Masa:Waktu Subuh

Setelah puas tidur,akhirnya anda mula membuka mata anda.Setelah puas menggosok mata anda,terdengarlah  
suara azan sedang berkumandang.Panggilan suci bertujuan memanggil hamba-hambaNya pergi ke masjid,menunaikan kewajipan solat.

"Assolatu khairum minal naumm..."
"Assolatu khairum minal naumm..."

Anda dengan sepantas mungkin bersiap pergi ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Subuh berjemaah.
Setelah meminta izin dari pemilik motel tempat anda menginap,anda memulakan perjalanan ke masjid.




Lokasi;Masjid Ketakwaan,Starting Point,Port of Embarkation

Ketika anda masuk ke dalam masjid,anda duduk di satu ruang di tepi tiang masjid.Anda masih tertanya-tanya siapakah golongan yang dimaksudkan bersiap-sedia menyambut kedatangan Dajjal ke muka bumi Allah Azza Wa Jalla ini.Lamunan anda terhenti apabila bilal melafazkan iqamat.Sepertinya anda kenal suara bilal tersebut dan cuba melihatnya dari belakang,namun pandangan anda dihalang oleh para jemaah yang sudah meluruskan saf untuk menunaikan solat.


Setelah solat,anda duduk sekali lagi di tempat sama anda duduk tadi.Satu tazkirah bakal disampaikan oleh Grand Imam  masjid tersebut,seorang ulama terkenal di sekitar Unsolvia.

Setelah memberi salam dan disahut kembali oleh para jemaah,beliau memulakan tazkirahnya.Sepertinya anda khusyuk mendengar tazkirah tersebut.Tidak pernah pula anda menjadi sangat khusyuk sebegini.


JAHATNYA YAHUDI INI.....



Bangsa Yahudi berasal dari keturunan Nabi Ishak bin Nabi Ibrahim a.s,di mana anaknya,Nabi Yaakub a.s digelar sebagai Israil bermaksud"yang suka berjalan malam".Bani Israil terdiri daripada 12 puak,berdasarkan dari Al-Quran dan Hadis ialah:

1.Rabin(Reuben)
2.Syamun(Simeon)
3.Lawi(Levi)
4.Yahuza(Judah)
5.Yasakhir(Isaachar)
6.Zabulon(Zabuleon)
7.Yusuf(Joseph)
8.Bunyamin(Benjamin)
9.Jaad(Gad)
10.Asyir(Asher)
11.Daan(Dan)
12.Naftali(Naphtalie)


Bangsa ini menjadi makmur dan mencapai zaman gemilang raya di bawah pimpinan adil King David(Nabi Daud a.s)dan puteranya,King Solomon the Great(Nabi Sulaiman a.s).Namun,setelah beberapa lama,Bani Israil mula mundur akibat diserang dan dijajah oleh bangsa lain yang lebih gagah perkasa seperti Mesir,Babylon(Babil)dan Kaldan(Chaldea).



Sejak mereka di bawah penjajahan itulah,bangsa Yahudi mula mempelajari ilmu sihir dan ritual penyembahan syaitan.Oleh sebab itulah,Allah mengutuskan para nabi dan rasul untuk memperbetulkan akidah mereka yang semakin terpesong ini.Hasilnya,lahirlah sihir-sihir pelik Yahudi seperti Sihir Gematria,Necromancer,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot,Persaudaraan Ular Iblis dan macam-macam lagi.


Bangsa Yahudi masih lagi berbangga bahawa kononya mereka bangsa terpilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia.Mereka juga percaya bahawa Allah telah menjanjikan"The Promised Land"iatu Baitulmaqdis sebagai kawasan suci mereka.Namun,sebenarnya,Allah telah melaknat mereka dan mereka tidak layak lagi menguasai Baitulmaqdis.

Allah telah menerangkan sifat sebenar Yahudi dalam Al-Quran,beserta dalil-dalilNya yang kukuh.

1.Durhaka dan sangat melampaui batas,membiarkan kemungkaran terjadi di kalangan mereka


"Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam.Yang demikian adalah disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat.Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu."

Surah Al-Maidah:Ayat 78-79

2.Menjadikan kaum kafir lain sebagai pelindung dan penolong mereka

"Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang kafir(musyrik).Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka sediakan untuk diri mereka,iatu kemurkaan Allah kepada mereka;dan mereka akan kekal dalam seksaan.Sekiranya mereka beriman kepada Allah;kepada Nabi(Musa)dan kepada apa yang diturunkan kepadanya(Nabi),nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin menjadi penolong tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang -orang fasik."

Surah Al-Maidah:Ayat 80-81

3.Permusuhan mereka yang amat besar terhadap Islam dan umatnya

"Sesungguhnya kamu akan dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik."

Surah Al-Maidah:Ayat 82

4.Suka melanggar perjanjian yang mereka buat sendiri,terutamanya dengan Allah dan RasulNya


"Kemudian Musa kembali pada kaumnya dengan marah dan bersedih hati.Berkata Musa:"Wahai kaumku,bukankah Allah telah menjanjikan kepadamu suatu janji yang baik? Maka apakah terasa lama masa yang berlalu itu bagimu atau kamu menghendaki agar kemurkaan dari Tuhanmu menimpamu,lalu kamu melanggar perjanjianmu denganku?"

Surah Thaha:Ayat 86

5.Ingkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan benar

"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada,kecuali mereka berpegang kepada tali(agama) Allah dan tali(perjanjian)dengan manusia,dan mereka mendapat kemurkaan Allah dan mereka diliputi kerendahan.Yang demikian kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar.Yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas."

Surah Ali Imran:Ayat 112

6.Memalsukan Al-Kitab dengan tangan mereka


"Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka lalu dikatakannya;Ini dari Allah(dengan maksud)memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu.Maka kecelakaan besarlah bagi mereka akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri,dan kecelakaan besarlah bagi mereka,akibat dari atas apa yang mereka kerjakan."

Surah Al-Baqarah:Ayat 79

7.Amat tamak terhadap dunia,bahkan melebihi orang musyrik


"Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka,manusia yang paling tamak kehidupan (di dunia),bahkan(lebih tamak lagi)dari orang-orang musyrik.Masing-masing meminta agar diberi umur seribu tahun,padahal umur panjang itu tidak akan sama sekali menjauhkannya dari seksa."

Surah Al-Baqarah:Ayat 96

8.Suka mengikut hawa nafsu mereka

"Apakah setiap kali datang seorang Rasul membawa sesuatu(pelajaran)yang tidak sesuai dengan keinginan kamu  lalu kamu angkuh;maka beberapa orang(di antara Rasul)kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain)kamu bunuh?"

Surah Al-Baqarah:Ayat 87

9.Kenal benar akan Rasulullah s.a.w,namun mereka menyembunyikan kebenarannya

"Orang-orang(Yahudi dan Nasrani)yang telah kami beri mereka Al-Kitab(Taurat dan Injil)mengenal Muhammad seperti mengenal anak-anak mereka sendiri.Dan sesungguhnya ada sebahagian dari mereka menyembunyikan kebenaran,sedangkan mereka mengetahui."

Surah Al-Baqarah:Ayat 146

10.Tidak senang terhadap kaum Muslimin,sehingga mereka mengikut agama mereka

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka."

Surah Al-Baqarah:Ayat 120

11.Suka berbuat kerosakan di muka bumi

"Dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan."

Surah Al-Maidah:Ayat 64

12.Suka memakan harta haram,seperti riba dan rasuah

"Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka(orang-orang Yahudi)bersegera membuat dosa,permusuhan dan memakan yang haram."

Surah Al-Maidah;Ayat 62

13.Pengecut dan tidak mahu menyahut seruan jihad yang diperintahkan ke atas mereka

"Mereka menjawab;"Wahai Musa!Bahawa di negeri tersebut terdapat kaum yang gagah perkasa dan kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya,maka jika mereka keluar nescaya kami akan memasukinya."

Surah Al-Maidah:Ayat 22


Demikianlah sifat-sifat buruk orang-orang Yahudi yang diberitakan dan diperingatkan oleh Allah melalui wahyu suci Al-Quran kepada kita.Dengan sifat-sifat keji sebegini,sudah tentu mereka tidak layak untuk menduduki Baitul Maqdis kerana tanah suci tersebut hanya layak untuk orang-orang yang beriman kepada Allah sahaja.Namun,sehingga sekarang,mereka masih menzalimi dan menghalau orang-orang Palestin kerana bagi mereka,tanah Baitul Maqdis adalah"The Promised Land"untuk mereka.Sungguh,bumi tersebut kini tidak layak bagi mereka sehingga mereka beriman kepada Allah.

Sekian,Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Selepas anda membalas salam Grand Imam tersebut,anda sekali lagi termenung.Anda sekarang menyedari bahawa Al-Quran telah membongkar habis kejahatan orang Yahudi sebagai amaran untuk orang Islam kerana satu hari nanti,mereka akan menguasai dunia dengan proksi dan kita akan berdepan dengan mereka dan Dajjal di akhir zaman nanti.

Tiba-tiba,bahu anda ditepuk dari belakang dan kedengaran suara yang anda kenal,menyapa anda.

"Hai,hang menung jauh ja nampak!"



Sekian

Hantu Nusantara





Rabu, 20 Mac 2013

DIA,SANG RAJA YAHUDI YANG DITUNGGU-TUNGGU



Anda baru sahaja tiba ke Kingdom of Unsolvia dengan menaiki sebuah kapal.Setelah kapal tersebut selamat berlabuh di pelabuhan,anda turun dari kapal dan anda kemudiannya bertemu dengan seseorang yang menunggu anda di kawasan pelabuhan tersebut.Orang tersebut lalu memperkenalkan dirinya.


"Asalamualaikum,wahai hamba Allah.Selamat datang ke Kingdom of Unsolvia.Semoga Allah memberkati aku dan kamu jua.Perkenalkan,nama aku Hantu Nusantara.Aku adalah penjaga rahsia-rahsia negeri ini.Salam perkenalan."sapa lelaki tersebut mesra.

"Negeri ini penuh dengan rahsia dan konspirasi,terutamanya perancangan Dajjal,Illuminati dan Freemason untuk menguaasai dunia ini.Mari,aku mahu beritahu kamu apa yang Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w ceritakan mengenai Dajjal dan akanku beritahu siapa dia."kata lelaki tersebut sambil membawa anda berjalan-jalan di sekitar pelabuhan.


SANG RAJA BERMATA SATU



Dunia semakin menghampiri dunia akhir zaman.Kita juga tidak ada masa lagi.Rasulullah s.a.w ada memberikan tanda-tanda akhir zaman kepada umatnya.Salah satunya ialah kemunculan seorang manusia mistik yang akan mengakui dirinya Tuhan lalu menyesatkan manusia.Dialah Dajjal  al-Masih Laknatullah atau The False Messiah.

Siapakah Dajjal ini?

Dajjal adalah manusia misteri yang pintar dan mempunyai sihir dan kepakaran dalam memutarbelit sejarah,agama,politik,ekonomi dan sosial dunia.Dajjal mendapat kuasa dari jin dan syaitan yang membantunya.Dajjal boleh merentas dimensi dan seorang saintis yang hebat.Inilah hebatnya Dajjal ini.Tetapi beliau akan mengaku dirinya sebagai nabi penyelamat,kemudian mengaku dirinya Tuhan.Dialah Raja segala Raja yang sedang ditunggu-tunggu oleh kaum Yahudi.
    
Dajjal boleh menyesatkan manusia untuk menyembahnya.Hanya orang mukmin yang teguh imannya sahaja yang tidak akan disesatkan olehnya.Nabi Muhammad s.a.w ada memberi tanda-tanda dan amaran lengkap mengenai kedatangan sang raja pembohong ini.



AMARAN NABI S.A.W TENTANG DAJJAL


Dari Qatadah,beliau mendengar dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;"Tidak ada seorang nabi pun yang diutuskan kecuali ia telah memperingatkan kaumnya tentang sang pendusta BUTA SEBELAH MATANYA.Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhan tidak buta sebelah mata dan di antara kedua belah matanya tertulis; "KAAF   FA  RA."

Hadis riwayat Muslim


Dari Huzaifah,Rasulullah s.a.w telah bersabda;"Dajjal itu buta mata kirinya,BERAMBUT LEBAT,ia membawa syurga dan neraka,nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka."

Hadis riwayat Muslim


Dari Abu Said al-Khudri r.a,ia berkata:"Suatu hari,Rasulullah s.a.w pernah bercerita kepada kami satu cerita panjang mengenai Dajjal.Di antara yang baginda ceritakan kepada kami ialah"Ia akan datang tetapi DIHARAMKAN MEMASUKI JALAN-JALAN MADINAH,kemudian ia tiba di tanah lapang tandus dekat Madinah dan keluarlah lelaki terbaik di kalangan manusia dan berkata:Aku bersaksi bahawa engkaulah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah kepada kami.Dajjal berkata:Apa pendapat kalian jika aku bunuh orang ini lalu aku menghidupkannya balik,apakah kamu masih meragukan perihalku?"Mereka berkata:Tidak! Maka Dajjal membunuh orang itu lalu menghidupkannya.Ketika dihidupkan,lelaki itu berkata:Demi Allah,aku sekarang lebih yakin tentang dirimu dari sebaliknya.Dajjal cuba membunuhnya kembali,namun tidak berdaya."

Hadis riwayat Muslim


Berdasarkan hadis,sifat-sifat Dajjal yang diberitakan oleh Rasulullah ialah:

1.Memiliki kulit putih dan bersih

2.Melakukan perjalanan dalam masa singkat sahaja,kenderaanya ialah keldai raksasa.Namun,masih tidak boleh mengatasi kekuasan Nabi Sulaiman a.s.

3.Suka bermain muzik yang indah untuk menarik para pencinta muzik.

4.Dia akan mengaku dirinya Nabi,kemudian mengaku dirinya Tuhan.

5.Suka mengelilingi dunia.Dia akan menurunkan hujan kepada orang yang mempercayainya.Hujan turun dengan lebatnya,pohon-pohon mengeluarkan buahnya dengan lebat dan ternakan membiak dengan banyaknya.

6.Mencipta kemarau untuk orang yang tidak mempercayainya.Para mukmin akan mengatasi kelaparan mereka dengan mengucap Subhanallah dan La illaha ilallahu.

7.Dia tidak akan memasuki kota Makkah dan Madinah,kerana kota-kota tersebut dikawal oleh para malaikat.

8.Akan tinggal di bumi selama 40 hari.Sehari ibarat satu tahun,sehari kemudiannya ibarat sebulan lamanya,sehari lagi ibarat seminggu dan hari-hari lain akan berjalan seperti biasa.

9.Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s dan orang mukmin di Babul Ludda di Israel.


Setelah puas bercerita,lelaki tersebut membawa anda ke sebuah motel berdekatan pelabuhan.Lelaki itu menyewa sebuah bilik di motel untuk anda.Anda mulla membaringkan diri anda di katil untuk memejamkan mata.Lelaki tersebut masih ada di pintu lalu berkata;

"Umat manusia sedang berwaspada menanti kedatangan Dajjal,namun ada sesetengah orang yang bersiap-sedia menyambut beliau menjadi Tuhan di bumi ini"

Sebelum tidur,anda masih tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan akan menyambut kedatangan Dajjal di bumi ini?Lilin akhirnya dipadamkan.Anda terus tidur,menanti hari esok.

Sekian

Hantu Nusantara



Ahad, 17 Mac 2013

THE BEGINNINGS



MUKADIMMAH DARI HANTU NUSANTARA

Asalamualaikum kepada para pembaca,

Alhamdulillah,akhirnya terciptalah satu blog oleh saya iatu Kingdom of Unsolvia.Blog ini akan menceritakan mengenai Illuminati,Freemason(Masuni),Zionis dan lain-lain lagi.Selain itu juga,blog ini akan membongkar perancangan sesetengah Yahudi dan Kristian yang bersengkongkol dengan Dajjal Laknatullah untuk menguasai dunia.

Sesungguhnya,dunia ini hanya permainan semata-mata.Tiada apa yang kekal di dunia ini.Dunia ini penuh dengan cubaan dan konspirasi.Namun,kena ingat,BUKAN SEMUA BENDA YANG WUJUD DI DUNIA  ADALAH HASIL KONSPIRASI.Yang penting,kaji dan tapis maklumat itu.Jangan terus percaya membabi-buta atau menolaknya mentah-mentah.Fikir baik-baik.

Tidak dinafikan,SEBAHAGIAN BESAR SUMBER TEORI KONSPIRASI ADALAH DARI PARA PENGKAJI BARAT.Namun,bukan semua dari mereka yang sebegitu,ada yang jujur dan mahu mencari kepastian mengenai misteri di sekeliling mereka.Penulis sejarah dan orientalis yang ditaja oleh The Hidden Hand menulis sejarah dengan tujuan menjadikan manusia putus harapan dan tiada gunanya melawan mereka.Manusia di'BRAINWASH' supaya tunduk kepada kekuasaan mereka dan jangan melawan mahupun membantah.

Walau sebanyak manapun dan sedahsyat mana sekalipun perancangan mereka ke atas umat manusia,MEREKA TIDAK AKAN SAMA SEKALI MENGATASI PERANCANGAN ALLAH AZZA WA JALLA.Lihat saja peristiwa 11 September 2001,tujuannya ialah memburukkan nama Islam di depan masyarakat dunia,tetapi selepas peristiwa itu,ramai orang Kristian Amerika memeluk Islam kerana mereka tahu Islam hanyalah korban dalam peristiwa ini.

Itu semua kuasa Allah.Kita tak ada kuasa pun,Allah saja yang ada kuasa.Kalau manusia ada kuasa sekalipun hanya dengan izin Allah sahaja.Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik kekuasaannya itu.


Saya sendiri tidak boleh jamin saya tidak akan terpengaruh dengan perancangan jahat Illuminati dan Freemason,tetapi saya menulis untuk memperingati saya sendiri dan para pembaca dengan tipu daya Dajjal ini.Kita wajib untuk ingat-mengingati sesama Muslim,tak begitu?

Sebelum mengundurkan diri,saya ingin mengucapkan sesuatu kepada para pembaca.

WELCOME TO THE KINGDOM OF UNSOLVIA....




Sekian....

Hantu Nusantara