Three Holy Lands

Three Holy Lands
Makkah,Madinah dan Baitul Maqdis

Rabu, 20 Mac 2013

DIA,SANG RAJA YAHUDI YANG DITUNGGU-TUNGGU



Anda baru sahaja tiba ke Kingdom of Unsolvia dengan menaiki sebuah kapal.Setelah kapal tersebut selamat berlabuh di pelabuhan,anda turun dari kapal dan anda kemudiannya bertemu dengan seseorang yang menunggu anda di kawasan pelabuhan tersebut.Orang tersebut lalu memperkenalkan dirinya.


"Asalamualaikum,wahai hamba Allah.Selamat datang ke Kingdom of Unsolvia.Semoga Allah memberkati aku dan kamu jua.Perkenalkan,nama aku Hantu Nusantara.Aku adalah penjaga rahsia-rahsia negeri ini.Salam perkenalan."sapa lelaki tersebut mesra.

"Negeri ini penuh dengan rahsia dan konspirasi,terutamanya perancangan Dajjal,Illuminati dan Freemason untuk menguaasai dunia ini.Mari,aku mahu beritahu kamu apa yang Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w ceritakan mengenai Dajjal dan akanku beritahu siapa dia."kata lelaki tersebut sambil membawa anda berjalan-jalan di sekitar pelabuhan.


SANG RAJA BERMATA SATU



Dunia semakin menghampiri dunia akhir zaman.Kita juga tidak ada masa lagi.Rasulullah s.a.w ada memberikan tanda-tanda akhir zaman kepada umatnya.Salah satunya ialah kemunculan seorang manusia mistik yang akan mengakui dirinya Tuhan lalu menyesatkan manusia.Dialah Dajjal  al-Masih Laknatullah atau The False Messiah.

Siapakah Dajjal ini?

Dajjal adalah manusia misteri yang pintar dan mempunyai sihir dan kepakaran dalam memutarbelit sejarah,agama,politik,ekonomi dan sosial dunia.Dajjal mendapat kuasa dari jin dan syaitan yang membantunya.Dajjal boleh merentas dimensi dan seorang saintis yang hebat.Inilah hebatnya Dajjal ini.Tetapi beliau akan mengaku dirinya sebagai nabi penyelamat,kemudian mengaku dirinya Tuhan.Dialah Raja segala Raja yang sedang ditunggu-tunggu oleh kaum Yahudi.
    
Dajjal boleh menyesatkan manusia untuk menyembahnya.Hanya orang mukmin yang teguh imannya sahaja yang tidak akan disesatkan olehnya.Nabi Muhammad s.a.w ada memberi tanda-tanda dan amaran lengkap mengenai kedatangan sang raja pembohong ini.



AMARAN NABI S.A.W TENTANG DAJJAL


Dari Qatadah,beliau mendengar dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;"Tidak ada seorang nabi pun yang diutuskan kecuali ia telah memperingatkan kaumnya tentang sang pendusta BUTA SEBELAH MATANYA.Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhan tidak buta sebelah mata dan di antara kedua belah matanya tertulis; "KAAF   FA  RA."

Hadis riwayat Muslim


Dari Huzaifah,Rasulullah s.a.w telah bersabda;"Dajjal itu buta mata kirinya,BERAMBUT LEBAT,ia membawa syurga dan neraka,nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka."

Hadis riwayat Muslim


Dari Abu Said al-Khudri r.a,ia berkata:"Suatu hari,Rasulullah s.a.w pernah bercerita kepada kami satu cerita panjang mengenai Dajjal.Di antara yang baginda ceritakan kepada kami ialah"Ia akan datang tetapi DIHARAMKAN MEMASUKI JALAN-JALAN MADINAH,kemudian ia tiba di tanah lapang tandus dekat Madinah dan keluarlah lelaki terbaik di kalangan manusia dan berkata:Aku bersaksi bahawa engkaulah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah kepada kami.Dajjal berkata:Apa pendapat kalian jika aku bunuh orang ini lalu aku menghidupkannya balik,apakah kamu masih meragukan perihalku?"Mereka berkata:Tidak! Maka Dajjal membunuh orang itu lalu menghidupkannya.Ketika dihidupkan,lelaki itu berkata:Demi Allah,aku sekarang lebih yakin tentang dirimu dari sebaliknya.Dajjal cuba membunuhnya kembali,namun tidak berdaya."

Hadis riwayat Muslim


Berdasarkan hadis,sifat-sifat Dajjal yang diberitakan oleh Rasulullah ialah:

1.Memiliki kulit putih dan bersih

2.Melakukan perjalanan dalam masa singkat sahaja,kenderaanya ialah keldai raksasa.Namun,masih tidak boleh mengatasi kekuasan Nabi Sulaiman a.s.

3.Suka bermain muzik yang indah untuk menarik para pencinta muzik.

4.Dia akan mengaku dirinya Nabi,kemudian mengaku dirinya Tuhan.

5.Suka mengelilingi dunia.Dia akan menurunkan hujan kepada orang yang mempercayainya.Hujan turun dengan lebatnya,pohon-pohon mengeluarkan buahnya dengan lebat dan ternakan membiak dengan banyaknya.

6.Mencipta kemarau untuk orang yang tidak mempercayainya.Para mukmin akan mengatasi kelaparan mereka dengan mengucap Subhanallah dan La illaha ilallahu.

7.Dia tidak akan memasuki kota Makkah dan Madinah,kerana kota-kota tersebut dikawal oleh para malaikat.

8.Akan tinggal di bumi selama 40 hari.Sehari ibarat satu tahun,sehari kemudiannya ibarat sebulan lamanya,sehari lagi ibarat seminggu dan hari-hari lain akan berjalan seperti biasa.

9.Dia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s dan orang mukmin di Babul Ludda di Israel.


Setelah puas bercerita,lelaki tersebut membawa anda ke sebuah motel berdekatan pelabuhan.Lelaki itu menyewa sebuah bilik di motel untuk anda.Anda mulla membaringkan diri anda di katil untuk memejamkan mata.Lelaki tersebut masih ada di pintu lalu berkata;

"Umat manusia sedang berwaspada menanti kedatangan Dajjal,namun ada sesetengah orang yang bersiap-sedia menyambut beliau menjadi Tuhan di bumi ini"

Sebelum tidur,anda masih tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan akan menyambut kedatangan Dajjal di bumi ini?Lilin akhirnya dipadamkan.Anda terus tidur,menanti hari esok.

Sekian

Hantu Nusantara



Tiada ulasan:

Catat Ulasan